Harga Promosi Untuk Realme 2 Pro Dan Realme C1 Ditawarkan Untuk Tempoh Terhad 0 201

Semalam Realme telahpun melancarkan tiga model terbaharu keluarannya untuk pasaran tempatan dengan penawaran model Realme 2 Pro, Realme 2 dan juga Realme C1. Jika anda inginkan nilai belian yang lebih berbaloi, Realme Malaysia dengan kerjasama Shopee dan Lazada bakal mengadakan promosi jualan untuk model Realme 2 Pro dan Realme C1 untuk tempoh terhad.

Realme 2 Pro

Bersempena dengan Shopee 11.11 Big Sale yang akan berlangsung pada 11 November ini, Shopee yang telah menerima hak eksklusif untuk menjual Realme 2 Pro akan menawarkan ketiga-tiga varian yang diperkenalkan untuk model itu pada harga promosi. Realme 2 Pro varian 4GB + 64GB akan dijual pada harga RM799 (RM849), manakala varian 6GB + 64GB boleh dimiliki dengan harga RM899 (RM949), dan varian tertinggi iaitu 8GB + 128GB pula dijual pada harga RM999 (RM1099).

Realme C1

Realme C1 merupakan model paling mampu milik yang ditawarkan oleh Realme dan anda boleh mendapatkan tawaran harga lebih istimewa iaitu di bawah RM400. Ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu 2GB + 16GB, anda boleh memiliki Realme C1 pada harga hanya RM399 (RM449).

 

Baca juga:

Realme Buat Kemunculan Pertama Di Malaysia Dengan Pelancaran Realme 2 Pro, Realme 2 Dan Realme C1

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend