Harga OPPO Reno2 Kini Diturunkan Sebanyak RM300 Bermula Hari Ini, Harga Rasmi RM1999 Comments Off on Harga OPPO Reno2 Kini Diturunkan Sebanyak RM300 Bermula Hari Ini, Harga Rasmi RM1999

OPPO Malaysia sebelum ini telahpun melancarkan model OPPO Reno2 secara rasmi untuk pasaran tempatan pada Oktober 2019 yang lalu. Dijual pada harga RM2299, kini harganya telahpun diturunkan sebanyak RM300 selepas hampir empat bulan berada di pasaran.

Bermula hari ini, OPPO Reno2 boleh dimiliki pada harga hanya RM1999 dan ia boleh dimiliki melalui OPPO Online Store ataupun OPPO Concept Store di seluruh negara.

OPPO Reno2 dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 730G, RAM berkapasiti 8GB, storan sebesar 128GB, dioperasikan dengan ColorOS 6.1 berasaskan Android 9.0 Pie, bateri berkapasiti 4000mAh dengan VOOC Flash Charge 3.0, skrin AMOLED FHD+ 6.5 inci, dan juga kuad kamera 48MP.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend