Harga Langganan PlayStation Plus Naik Bermula 1 Ogos 2019 Comments Off on Harga Langganan PlayStation Plus Naik Bermula 1 Ogos 2019 553

Berita kurang baik kepada pengguna permainan konsol PlayStation 4, bermula 1 Ogos 2019, harga langganan untuk PlayStation Plus di Malaysia akan meningkat berikutan keadaaan pasaran semasa.

  • PlayStation Plus 12-bulan akan dikenakan bayaran pada harga RM159 (asal RM129)
  • PlayStation Plus 3-bulan akan dikenakan bayaran pada harga RM69 (asal RM43)
  • PlayStation Plus 1-bulan akan dikenakan bayaran pada harga RM29 (asal RM21)

Harga baharu yang diumumkan ini akan berkuatkuasa bermula 1 Ogos 2019. Ini bermaksud jika anda membuat langganan selepas tarikh berkenaan, harga baharu akan dikenakan.

Bagaimanapun jika anda sedang melanggan PlayStation Plus sekarang dan langganan tersebut akan tamat selepas tarikh harga baharu, tiada bayaran lebihan akan dikenakan.

Tetapi, sekiranya anda masih belum melanggan PlayStation Plus, ada lebih baiknya anda berjimat dan melanggan perkhidmatan ini sebelum bulan Ogos kelak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend