Harga Jualan Xiaomi Mi Max 3 Dengan Varian 128GB + RAM 6GB Mula Tertiris Di Internet Comments Off on Harga Jualan Xiaomi Mi Max 3 Dengan Varian 128GB + RAM 6GB Mula Tertiris Di Internet

Seperti yang kami telah kongsikan sebelum ini, Xiaomi telah mengesahkan bahawa model terbarunya iaitu Mi Max 3 akan dilancarkan secara rasmi pada 3 Julai 2018 nanti. Tinggal kurang seminggu dari tarikh pelancaran, harga jualan Mi Max 3 dengan varian 128GB + RAM 6GB sudah mula dikongsikan di Internet.

Berdasarkan perkongsian gambar yang diterima, Mi Max 3 dengan kombinasi storan 128GB dengan RAM berkapasiti 6GB ini akan dijual pada harga CNY1,699 (kira-kira RM1,036). Selain harga, spesifikasi asas varian tersebut turut didedahkan iaitu sokongan paparan skrin 18:9 berukuran 6.99 inci, dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 636, kamera utama dengan keupayaan AI menggunakan sensor Sony IMX363, speaker stereo dan juga bateri berkapasiti 5500 mAh.

Selain Mi Max 3, varian tertinggi siri tersebut iaitu Mi Max 3 Pro turut dilaporkan menyokong pemproses Qualcomm Snapdragon 710 dengan storan 128GB serta RAM 6GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend