Harga Jualan Xiaomi Mi 9 Dan Mi 9 Explorer Edition Mula Tertiris, Bermula Dari RM2,100?! Comments Off on Harga Jualan Xiaomi Mi 9 Dan Mi 9 Explorer Edition Mula Tertiris, Bermula Dari RM2,100?! 663

Ketirisan berhubung rekaan dan juga spesifikasi Xiaomi Mi 9 dan Mi 9 Explorer Edition (EE) telah tersebar di Internet, namun begitu harga jualan untuk peranti mercu pertama Xiaomi ini akan hanya didedahkan dalam majlis pelancaran rasminya yang dijadualkan berlangsung pada 20 Februari nanti.

Ketirisan imej yang dikongsikan di laman Weibo telah mendedahkan harga jualan Mi 9 dan Mi 9 Explorer Edition.

Tinggal dua hari sebelum ia dilancarkan secara rasmi, kini ada pemilik akaun di Weibo dilihat telah mula mendedahkan harga jualan untuk model Mi 9 dan juga Mi 9 Explorer Edition. Melalui imej yang dikongsikannya itu, Xiaomi Mi 9 dipercayai akan dijual pada harga CNY3,499 (kira-kira RM2,113), manakala model Mi 9 Explored Edition pula berharga CNY5,999 (kira-kira RM3,623).

Ketirisan Mi 9 dalam kotak pembungkusan mengesahkan sokongan takuk jenis ‘waterdrop’, pemproses Qualcomm Snapdragon 855, kamera 48MP, skrin AMOLED 6.39 inci dengan pengimbas cap jari pada skrin, dan teknologi pengecasan pantas tanpa wayar 20W.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Xiaomi Mi 9 dan Mi 9 Explorer Edition merupakan antara peranti terawal yang hadir dengan sokongan pemproses Qualcomm Snapdragon 855. Model Mi 9 bakal menyokong tiga kamera utama dan Mi 9 Explorer Edition pula tersedia dengan empat kamera pada rekaan panel belakang lut sinar.

Kamera belakang dilindungi dengan permukaan sapphire yang lebih tahan lasak.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan pada imej itu juga, ia dipercayai menyokong kamera utama beresolusi 48MP, lensa telefoto 12MP dengan 2x zum optikal, dan juga lensa bersudut luas dengan resolusi 16MP. Manakala lensa keempat untuk model Mi 9 Explorer Edition masih belum diketahui fungsi yang disokongnya.

Menurut imej yang ditiriskan itu lagi, Xiaomi Mi 9 dan Mi 9 Explorer Edition juga akan hadir dengan saiz bezel pada bahagian bawah skrin 40% lebih kecil berbanding model Mi 8. Walau bagaimanapun, ketirisan harga jualan yang didedahkan ini tidak dapat disahkan kesahihannya, jadi sama-sama kita nantikan pengumuman rasminya nanti.

Baca juga:

Imej Acah Xiaomi Mi 9 Explorer Edition Mula Tertiris Dengan 4 Kamera Dan Panel Belakang Lut Sinar

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend