Harga Jualan Vivo NEX Dan NEX S Untuk Pasaran Di China Kini Tertiris Di Internet Comments Off on Harga Jualan Vivo NEX Dan NEX S Untuk Pasaran Di China Kini Tertiris Di Internet

Sebelum ini pelbagai berita ketirisan tentang model paling canggih keluaran vivo iaitu vivo NEX dan NEX S telah tersebar di Internet sebelum ia diumumkan secara rasmi pada 12 Jun 2018 ini. Lebih mengejutkan baru-baru ini harga jualan untuk kedua-dua varian vivo NEX dan NEX S ini turut tertiris melalui blog popular Weibo.

vivo NEX S (kiri) menyokong teknologi pengimbas cap jari pada skrin, manakala vivo NEX (kanan) pula hadir dengan sensor pengimbas cap jadi pada panel belakangnya.

Berdasarkan kepada pendedahan daripada beberapa sumber berasingan ini, vivo NEX yang dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 710 dipercayai akan dijual pada harga CNY3,798 (kira-kira RM2,365). Manakala varian tertinggi iaitu NEX S yang dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 ini pula akan dijual pada harga CNY4,498 (kira-kira RM2,801).

vivo NEX S yang menyokong sensor pengimbas cap jari pada skrin ini menyokong ruang storan 128GB + RAM 8GB dan vivo NEX pula menampilkan sensor pengimbas cap jari pada panel belakangnya pula menyokong ruang storan 128GB + RAM 6GB. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan kesahihan berita ketirisan ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend