Harga Jualan Untuk Huawei P30 Lite, P30 dan P30 Pro Untuk Pasaran Eropah Mula Tertiris Comments Off on Harga Jualan Untuk Huawei P30 Lite, P30 dan P30 Pro Untuk Pasaran Eropah Mula Tertiris 893

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Huawei akan melancarkan siri Huawei P30 yang berlangsung di Paris pada minggu depan iaitu 26 Mac 2019. Bahkan sehingga kini agak banyak yang kita ketahui tentang siri Huawei P30 berdasarkan ketirisan imej pengolokan, tawaran warna dan juga spesifikasi asasnya.

Seperti biasa, individu yang sememangnya terkenal dengan berita ketirisan iaitu @rquandt baru-baru ini telah mendedahkan pula harga jualan untuk model Huawei P30 Lite, P30 dan juga P30 Pro untuk pasaran di Eropah. Menurutnya harga ini telah diperolehi melalui sumber yang boleh dipercayainya.

Harga jualan siri Huawei P30 untuk pasaran Eropah:

  • Huawei P30 Lite (6GB + 128GB) → €369 (kira-kira RM1,706)
  • Huawei P30 (6GB + 128GB) → €749 (kira-kira RM3,463)
  • Huawei P30 Pro (8GB + 128GB) → €999 (kira-kira RM4,619)
  • Huawei P30 Pro (8GB + 256GB) → €1,099 (kira-kira RM5,081)

Tidak dinafikan harga jualannya boleh dikatakan agak mahal, tetapi untuk pengetahuan anda harga telefon pintar untuk pasaran Eropah sememangnya lebih tinggi berbanding harga jualan untuk pasaran global yang lain. Ini kerana harga jualan di sana telah dikira sekali dengan cukai VAT yang boleh mencecah sehingga 27%.

Sebagai rujukan, berikut adalah harga jualan siri Huawei Mate 20 apabila baru dilancarkan untuk pasaran Eropah pada tahun lalu:

  • Huawei Mate 20 (6GB RAM + 128GB) → €849 (kira-kira RM3,926)
  • Huawei Mate 20 X (6GB RAM + 128GB) → €899 (kira-kira RM4,157)
  • Huawei Mate 20 Pro (6GB RAM + 128GB) → €1,049 (kira-kira RM4,851)

Baca juga:

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Spesifikasi Huawei P30 dan P30 Pro?!

Huawei P30 Pro Akan Diperkenalkan Dalam Warna ‘Sunrise Red’ – Eksklusif Untuk Pasaran Terpilih

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend