Harga Jualan Siri HUAWEI P40 Untuk Pasaran Eropah Kini Tertiris Comments Off on Harga Jualan Siri HUAWEI P40 Untuk Pasaran Eropah Kini Tertiris

Dijadualkan akan dilancarkan pada 26 Mac 2020 nanti, HUAWEI dikatakan akan tampil dengan tiga model berbeza iaitu P40, P40 Pro dan juga P40 Pro Premium Edition. Bahkan sebelum ini pelbagai berita ketirisan tentang spesifikasi dan juga rekaan siri P40 telah berjaya dikongsikan.

Baru-baru ini individu yang terkenal dengan berita ketirisan iaitu @RODENT950 telah mendedahkan harga jualan ketiga-tiga model daripada siri HUAWEI P40 untuk pasaran Eropah seperti berikut:

  • HUAWEI P40 – EUR799 hingga EUR899 (*kira-kira RM3,830 hingga RM4,309)
  • HUAWEI P40 Pro – EUR999 hingga EUR1,099 (*kira-kira RM4,787 hingga RM5,266)
  • HUAWEI P40 Pro Premium Edition – EUR1,199 hingga EUR1,299 (*kira-kira RM5,745 hingga RM6,225)
    • *EUR1 = RM4.79

Untuk pengetahuan anda, harga jualan telefon pintar untuk pasaran Eropah sememangnya lebih tinggi berbanding harga untuk pasaran lain, ini kerana pasaran Eropah mengenakan cukai yang sangat tinggi.

Harga jualan siri HUAWEI P40 setanding siri Samsung Galaxy S20:

Jika dilihat pada harga jualan yang dikongsikan, harga jualan untuk model HUAWEI P40 dan P40 Pro sebenarnya setanding dengan harga jualan Samsung Galaxy S20 dan Galaxy S20+.

Namun begitu, harga jualan HUAWEI P40 Pro Premium Edition pula sedikit lebih murah jika dibandingkan dengan model Samsung Galaxy S20 Ultra.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend