Harga Jualan Samsung Galaxy A9S Dan Galaxy A6S Tertiris Sebelum Dilancarkan Secara Rasmi Pada 24 Oktober Ini Comments Off on Harga Jualan Samsung Galaxy A9S Dan Galaxy A6S Tertiris Sebelum Dilancarkan Secara Rasmi Pada 24 Oktober Ini

Pada minggu lepas imej sebenar Samsung Galaxy A6S telahpun berjaya didedahkan dan ia memperlihatkan sokongan dwi kamera pada rekaan panel kaca dalam empat warna pilihan yang menarik. Sebagaimana yang telah dijadualkan, Galaxy A6S dilaporkan akan mula dilancarkan secara rasmi di China serentak dengan model Galaxy A9S pada 24 Oktober ini.

Belum sempat diumumkan secara rasmi, nampaknya ada pihak yang telah mendedahkan harga jualan Galaxy A9S dan juga Galaxy A6S di laman sosial Twitter. Perkongsian oleh pemilik akaun @MMDDJ_ ini walau bagaimanapun hanya memperlihatkan harga jualan untuk varian 6GB RAM sahaja.

Samsung Galaxy A6S dipercayai hadir dalam empat warna pilihan yang menarik.

Samsung Galaxy A9S akan dijual untuk pasaran di China pada harga CNY3,499 (kira-kira RM2,099), manakala model Galaxy A6S pula akan ditawarkan pada harga CNY2,199 (kira-kira RM1,319). Setakat ini hanya dapat disahkan bahawa Galaxy A9S akan menyokong empat kamera, dan Galaxy A6S pula hadir dengan dwi kamera. Kedua-dua model ini juga hadir dengan sensor pengimbas cap jari di panel belakang dan juga dioperasikan dengan Android Oreo.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend