Harga Jualan Rasmi Samsung Galaxy A7 (2018) Kini Diturunkan Kepada RM1,099 Bermula Hari Ini Comments Off on Harga Jualan Rasmi Samsung Galaxy A7 (2018) Kini Diturunkan Kepada RM1,099 Bermula Hari Ini

Dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada Oktober 2018 yang lalu, Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan harga jualan rasmi baharu untuk model Galaxy A7 (2018) berkuat kuasa hari ini. Dijual pada harga RM1,299 pada hari pelancarannya, peminat jenama Samsung sudah boleh memiliki model dengan tiga kamera ini pada harga hanya RM1,099 iaitu penurunan harga sebanyak RM200.

Samsung Galaxy A7 (2018) dikuasakan dengan pemproses Exynos 7885, ditawarkan dalam konfigurasi memori 4GB + 128GB, slot kad microSD sehingga 512GB, dijana oleh bateri berkapasiti 3300 mAh, dan juga dioperasikan dengan Android 8.0 Oreo. Ia juga menyokong paparan skrin Super AMOLED berukuran 6.0 inci FHD+ (2220 x 1080 piksel).

Dari segi penggambaran pula ia tersedia dengan tiga kamera beresolusi 24MP (f/1.7), manakala lensa kedua 8MP (f/2.4) ditawarkan untuk sokongan penggambaran sudut ultra luas, dan lensa ketiga 5MP (f/2.2) pula disediakan untuk efek bokeh. Kamera hadapannya pula beresolusi 24MP (f/2.0) dengan sokongan LED Flash.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend