Harga Jualan Rasmi OPPO A5s Kini Ditawarkan Pada Harga Hanya RM499 Bermula Hari Ini Comments Off on Harga Jualan Rasmi OPPO A5s Kini Ditawarkan Pada Harga Hanya RM499 Bermula Hari Ini 268

OPPO Malaysia sebelum ini telah melancarkan peranti bajetnya iaitu OPPO A5s untuk pasaran tempatan pada 16 Mei dengan harga jualan RM599. Menariknya harga jualan OPPO A5s kini telah diturunkan sebanyak RM100, sekaligus menjadikan harga jualan rasmi hanya RM499 bermula hari ini.

Ditawarkan pada harga mampu milik, OPPO A5s telah dikuasakan dengan MediaTek Helio P35, konfigurasi memori 3GB + 32GB, paparan skrin 6.2 inci HD+ (1520 x 720 piksel), dwi kamera utama beresolusi 13MP + 2MP, kamera depan 8MP, bateri 4230mAh dan juga tersedia dengan sensor pengimbas cap jari.

Tersedia dalam dua warna pilihan iaitu merah dan hitam, OPPO A5s dengan harga baharu ini boleh diperolehi di semua OPPO Concept Store, wakil penjual OPPO yang sah, dan juga secara dalam talian seperti berikut:

Baca juga:

Oppo A5s Diperkenalkan Untuk Pasaran Tempatan Pada Harga RM599

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend