Harga Jualan Rasmi iPhone XR, XS Dan XS Max Kini Diumumkan, Pra-Tempah Bermula 19 Oktober Comments Off on Harga Jualan Rasmi iPhone XR, XS Dan XS Max Kini Diumumkan, Pra-Tempah Bermula 19 Oktober 711

Apple sebelum ini telah melancarkan model iPhone generasi 2018 dengan kemunculan iPhone XR, XS dan XS Max secara rasmi pada 13 September yang lepas. Sebanyak 30 negara terawal termasuklah negara jiran kita iaitu Singapura telah menerima kemasukan tiga model iPhone ini pada 21 September.

iPhone XR ditawarkan dalam enam warna pilihan termasuklah hitam dan putih.

Nampaknya pengguna di negara ini juga bakal menerima kemasukan iPhone XR, XS dan XS Max secara rasmi apabila laman sesawang rasmi Apple Malaysia telah mula mendedahkan harga jualan rasmi untuk ketiga-tiga model tersebut. Berdasarkan kepada pengumuman yang dibuat, harga iPhone baharu ini boleh dimiliki pada harga bermula daripada RM3,599 hingga mencecah RM7,049.

iPhone XS dan XS Max tampil dengan rekaan yang sama kecuali saiz skrin dan kapasiti yang berbeza.

Harga iPhone XR:

  • 64GB – RM3,599
  • 256GB – RM3,849
  • 512GB – RM4,299

Harga iPhone XS:

  • 64GB – RM4,999
  • 256GB – RM5,699
  • 512GB – RM6,649

Harga iPhone XS Max

  • 64GB – RM5,399
  • 256GB – RM6,099
  • 512GB – RM7,049

Pra-tempah boleh dibuat pada 19 Oktober ini bermula jam 3.01 petang di laman sesawang rasmi Apple Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend