Harga Jualan Rasmi Honor 10 GT Dengan Sokongan RAM 8GB Dan GPU Turbo Kini Diumumkan Comments Off on Harga Jualan Rasmi Honor 10 GT Dengan Sokongan RAM 8GB Dan GPU Turbo Kini Diumumkan

honor 10 GT sebelum ini telah dilancarkan secara rasmi untuk pasaran China pada awal Julai yang lalu, dan ia telah dijadualkan akan mula tersedia di pasaran pada 24 Julai 2018. Sungguhpun begitu di dalam majlis pelancaran, pihak honor China tidak pula mendedahkan harga jualan model peningkatan untuk honor 10 ini kepada umum.

Memandangkan tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum honor 10 GT mula dijual di pasaran, pihak honor China hari ini telah mengumumkan harga jualan rasmi model tersebut di laman VMall. honor 10 GT yang merupakan peranti pertama dari honor hadir dengan sokongan RAM 8GB ini akan dijual pada harga CNY3,299 (kira-kira RM1,980).

Selain sokongan RAM yang besar, apa yang membezakan honor 10 GT dengan model asal honor 10 adalah sokongan teknologi GPU Turbo untuk prestasi permainan yang jauh lebih berkuasa, dan juga teknologi AIS (AI Stabilization) yang membolehkan penggambaran pada waktu malam sama seperti siri Huawei P20.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend