Harga Jualan Empat Model iPhone 12 Kini Tertiris, Harga Bermula Daripada RM2,789 Comments Off on Harga Jualan Empat Model iPhone 12 Kini Tertiris, Harga Bermula Daripada RM2,789

Dijadualkan akan dilancarkan sekitar pertengahan kedua tahun ini, Apple dipercayai bakal hadir dengan empat model berbeza untuk siri iPhone 12 iaitu iPhone 12 (5.4 inci), iPhone 12 (6.1 inci), iPhone 12 Pro (6.1 inci) dan juga iPhone 12 Pro Max (6.7 inci).

Berdasarkan pendedahan @jon_prosser yang sebelum ini telah mendedahkan tarikh pelancaran iPhone SE 2020 dengan tepat, harga jualan untuk keempat-empat model baharu Apple ini telahpun berjaya didedahkan seperti berikut:

  • iPhone 12 (5.4 inci) – D52G
    • OLED / 5G
    • 2 kamera
    • Kerangka aluminium
    • USD649 (~RM2,789)
  • iPhone 12 (6.1 inci) – D53G
    • OLED / 5G
    • 2 kamera
    • Kerangka aluminium
    • USD749 (~RM3,219)
  • iPhone 12 Pro (6.1 inci) – D53P
    • OLED / 5G
    • 3 kamera + LiDAR
    • Kerangka stainless steel
    • USD999 (~RM4,294)
  • iPhone 12 Pro Max (6.7 inci) – D54P
    • OLED / 5G
    • 3 kamera + LiDAR
    • Kerangka stainless steel
    • USD1,099 (~RM4,723)

Jika dibandingkan dengan harga jualan permulaan untuk model iPhone 11 yang sebelum ini dijual pada harga USD699 iaitu kira-kira RM3,028 untuk pasaran di AS (harga jualan Malaysia RM3,399), harga jualan permulaan untuk siri iPhone 12 dilihat sedikit lebih murah iaitu USD649 iaitu kira-kira RM2,789.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend