Harga iPhone X Dan XS Max Kini Diturunkan Sehingga RM800 Di Senheng Dan SenQ 0 261

Akhirnya harga jualan untuk peranti golongan ‘bangsawan’ iaitu Apple telah menerima potongan harga selepas Senheng dan SenQ telah mengadakan promosi jualan yang menyaksikan penurunan harga mencecah sehingga RM800.

Berdasarkan harga promosi yang ditawarkan, iPhone X dengan storan 64GB telah dijual pada harga RM3,499 berbanding harga asalnya iaitu RM4,299. Ini bermakna ia telah menerima potongan harga mencecah RM800, namun begitu harga promosi itu hanya sah untuk pembelian iPhone X 64GB dalam warna Space Grey sahaja.

Manakala model yang baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada September 2018 yang lalu iaitu iPhone XS Max pula telah menerima potongan harga sebanyak RM400 untuk kesemua varian yang dijual. iPhone XS Max varian 64GB kini dijual pada harga RM4,999 (RM5,399), varian 256GB boleh dimiliki pada harga RM5,699 (RM6,099), dan varian tertinggi 512GB pula dijual pada harga RM6,649 (RM7,099).

Lebih menariknya, Senheng dan SenQ turut menawarkan program naik taraf ke iPhone XS Max secara percuma apabila anda membuat membeli iPhone XS untuk tempoh terhad. Ini berikutan harga jualan selepas potongan harga untuk iPhone XS Max kini menyamai harga jualan rasmi untuk model iPhone XS. Promosi ini sah daripada 9 Januari hingga 28 Februari 2019 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend