Harga iPhone 11 / 11 Pro / 11 Pro Max Masih Sama, Tetapi Dengan Storan Lebih Besar Comments Off on Harga iPhone 11 / 11 Pro / 11 Pro Max Masih Sama, Tetapi Dengan Storan Lebih Besar 196

Mungkin ada diantara anda yang sudah tidak sabar menunggu berlangsungnya acara Apple Special Event pada awal pagi esok. Acara ini juga akan memperlihatkan barisan iPhone terbaru iaitu Phone 11, iPhone 11 Pro, dan iPhone 11 Pro Max.

iPhone 11 akan diumumkan pada harga bermula USD749 (~RM3599), sama seperti iPhone XR semasa dilancarkan pada tahun lalu. Manakala iPhone 11 Pro berharga bermula USD999 (~RM4999) dan iPhone 11 Pro Max pada harga bermula USD1099 (~RM5399), kedua-duanya juga menggantikan harga iPhone XS dan XS Max pada masa ini.

Namun, untuk tahun ini konfigurasi peranti telah berubah menerusi tiga pilihan storan iaitu 128GB, 256GB, dan yang paling besar 512GB. Maka, jelas sekali tiada lagi versi 64GB ditawarkan untuk ketiga-tiga iPhone.

Gambar: Weibo

Maklumat mengenai agenda acara yang tertitis turut mendakwa Apple bakal memperkenalkan Apple Watch Series 5, AirPods, dan AirPower. Namun tiada maklumat terperinci tentang produk dinyatakan.

Apple Special Event akan berlangsung pada 10 September 2019 di Steve Jobs Theater, Cupertino. Bagi yang berada di Malaysia, anda boleh menonton siaran langsung acara ini di laman sesawang Apple pada pukul 1 pagi, 11 September 2019.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend