Harga Huawei Y9 Diumumkan Secara Rasmi – RM899, Bateri 4000mAh, Kirin 710, 4 Kamera 0 487

Jangkaan kami mengatakan Huawei Y9 akan dijual pada harga dibawah RM1,000 adalah tepat apabila Huawei Malaysia hari ini mengumumkan harga rasmi peranti berkenaan pada harga RM899 seunit.

Baca juga: Huawei Buat Promosi Gila Pada 11.11 – Nova 2 Lite Pada Harga RM99, Nova 3 Pula..

Menariknya, anda boleh mendapatkan peranti ini jauh lebih murah pada kempen 11.11 (ahad) ini dengan potongan harga sebanyak RM250 menggunakan baucar. Seperti yang kami pernah maklumkan, baucar eksklusif ini hanya boleh digunakan untuk membeli barangan di kedai dalam talian Huawei Malaysia pada 11 November 2018 sahaja.

Ditawarkan dengan dua warna Midnight Black dan Sapphire Blue

Jika dikira semula, anda hanya perlu membayar sebanyak RM699 untuk sebuah peranti yang dilengkapi empat kamera, paparan 6.5-inci FullView Display, serta cip pemproses terbaharu Kirin 710. Prestasi peranti juga dilihat lebih baik apabila ia dimuatkan bersama bateri sebesar 4,000mAh dengan sokongan GPU Turbo untuk kelancaran permainan mudah alih.

Peluang keemasan ini hanya boleh direbut satu hari sahaja di kedai dalam talian rasmi https://shop.huawei.com/my. Bagaimana cara untuk mendapatkan baucar beli-belah Huawei, anda boleh klik pada artikel di bawah.

Huawei Shop Sertai Kempen 11.11 – Tawar Baucar RM250 Pada Harga RM50

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend