Harga Honor 8X Diturunkan Kepada RM849 Bermula Esok Comments Off on Harga Honor 8X Diturunkan Kepada RM849 Bermula Esok

Honor 8X merupakan telefon pintar yang boleh dikatakan agak laris semenjak ia dilancarkan. Bagi memanjangkan hayat peranti ini di pasaran, Honor telah mengumumkan harga baharu untuk peranti ini. Bermula esok, Honor akan mula membuang harga sebanyak RM100 menjadikan Honor 8X ditawarkan pada harga RM849 sahaja.

Pengguna boleh memilikinya di kedai dalam talian Honor, Honor Experiece Store, dan kedai rasmi Honor seluruh negara. Malah pembelian juga boleh dibuat di platfom e-dagang seperti Shopee, Lazada, dan 11street.

Honor 8X didatangkan dengan skrin bersaiz 6.5-inci FHD+ bersama rekaan takuk. Ia juga dikuasakan cip pemproses Kirin 710 diikuti memori 4GB RAM dan 128GB storan. Ia dijana bateri 3,750mAh selain menjalankan sistem operasi EMUI 8.1 berasaskan Android 8.0 Oreo terus dari kotak. Menariknya peranti ini telah disahkan bakal menerima kemas kini Android Pie tidak lama lagi.

Pada kamera belakang, ia dimuatkan sensor 20MP dan 2MP yang menyokong ciri penggambaran malam dinamakan Super Night Shot. Manakala kamera swafoto pula menawarkan sensor sebesar 16MP yang berkuasa AI.

Walaupun penurunan harga ini tidak banyak, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat menjimat poket mereka yang tidak mahu berbelanja besar.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend