Harga ASUS ZenFone Max Plus M1 Dan ZenFone 4 Max Kini Diturunkan – Bermula Dari RM399 Comments Off on Harga ASUS ZenFone Max Plus M1 Dan ZenFone 4 Max Kini Diturunkan – Bermula Dari RM399

Berkuat kuasa hari ini (19 September 2018), ASUS Malaysia telah mengumumkan penurunan harga untuk dua model lamanya iaitu ASUS ZenFone Max Plus M1 (ZB570TL) dan juga ASUS ZenFone 4 Max (ZC520KL).

ASUS ZenFone Max Plus M1 yang sebelum ini dijual pada harga RM649 kini sudah menerima penurunan harga sebanyak RM150, menjadikan harga baharunya hanya RM499 sahaja. Model ini menyokong paparan skrin FullView Display berukuran 5.7 inci HD+ (1440 x 720 piksel), pemproses lapan teras MediaTek MT6750T, 4GB + 32GB, dwi kamera utama 16MP + 16MP, kamera hadapan 16MP, dan juga bateri 4130 mAh.

ASUS ZenFone 4 Max pula kini boleh dibeli pada harga RM399 selepas menerima potongan harga sebanyak RM100. Ia menyokong paparan skrin 5.2 inci HD (1280 x 720 piksel), pemproses empat teras Qualcomm Snapdragon 425, 3GB + 32GB, dwi kamera utama 13MP + 13MP, kamera hadapan 8MP, dan juga bateri 4100 mAh.

Milikinya kedua-dua model ini pada harga lebih murah:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend