Harga Alat Ganti Huawei Nova 4e Kini Dikongsikan Di HiCare – Bateri Berharga RM54 Comments Off on Harga Alat Ganti Huawei Nova 4e Kini Dikongsikan Di HiCare – Bateri Berharga RM54

Huawei Malaysia sudahpun mula menawarkan model Huawei Nova 4e dengan sokongan tiga kamera untuk pasaran tempatan bermula 16 Mac yang lalu. Dijual pada harga RM1199, Huawei Nova 4e telah dikuasakan dengan cipset Kirin 710, paparan skrin 6.15 inci FHD+ dengan takuk kecil, memori 6GB RAM dan juga ruang storan 128GB.

Aplikasi HiCare menawarkan pelbagai perkhidmatan tambahan untuk peranti Huawei dan Honor.

Tidak dinafikan harga yang ditawarkan boleh dikatakan agak berbaloi dengan spesifikasi yang disokongnya, namun begitu antara perkara lain yang membuatkan sesebuah peranti itu lebih berbaloi untuk dimiliki adalah harga alat gantinya. Jadi bagi memudahkan anda mengetahui berapakah harga alat ganti untuk Huawei Nova 4e, rujuk senarai berikut:

  • Skrin → RM230
  • MainBoard → RM563
  • Kamera depan → RM137
  • Bateri → RM54
  • Panel belakang → RM93

*harga yang dinyatakan hanya dikenakan untuk peranti yang tidak lagi memiliki jaminan waranti ataupun kerosakan disebabkan oleh kecuaian pengguna yang tidak memenuhi terma dan syarat perlindungan waranti yang ditetapkan.

Selain itu, peranti yang tidak dilindungi dengan jaminan waranti juga akan dikenakan kos diagnostik RM25 dan juga kos pembaikan RM60.

→ Beli Huawei Nova 4e di https://shop.huawei.com/my/

sumber: Aplikasi Huawei HiCare

Baca juga:

Apa Menarik Tentang Huawei Nova 4e Yang Perlu Anda Ketahui?!

Huawei Mengemaskini Harga Alat Ganti Untuk Semua Telefon Pintarnya – Potongan Hingga RM1,444

[Tips] Cara Untuk Mengetahui Harga Alat Ganti Untuk Peranti Huawei Menggunakan Aplikasi HiCare

Huawei Nova 4e Kini Rasmi – Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1,199 Bermula 16 Mac

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend