HappyFresh Jalin Kerjasama Dengan AEON Untuk Pembelian Barangan Runcit Atas Talian Di Empat Cawangannya Comments Off on HappyFresh Jalin Kerjasama Dengan AEON Untuk Pembelian Barangan Runcit Atas Talian Di Empat Cawangannya 301

HappyFresh selaku peneraju perkhidmatan penghantaran barang dalam talian, baru-baru ini telah mengumumkan kerjasamanya dengan AEON Co. (M) Bhd. dalam memudahkan lagi gaya hidup di bandar besar yang sibuk. Melalui kerjasama ini, pengguna boleh terus membuat pembelian barangan runcit di AEON dengan lebih mudah dan cepat melalui aplikasi mudah alih HappyFresh.

Perkhidmatan penghantaran barang runcit di HappyFresh boleh dinikmati melalui empat cawangan AEON terpilih iaitu AEON Wangsa Maju, AEON Taman Equine, AEON MaxValu Prime (Sunway Velocity), dan juga AEON Bandar Dato’ Onn (Johor Bahru). Penyertaan AEON di HappyFresh secara tidak langsung membolehkan pelanggan membuat pilihan daripada hampir 50,000 produk berkualiti tinggi.

Bagi meraikan kerjasama yang terjalin ini, pelanggan HappyFresh yang membuat pembelian di cawangan tersebut akan menerima diskaun bermula daripada RM20. Lebih istimewa, pelanggan yang pertama kali membuat pembelian melalui aplikasi mudah alih HappyFresh juga akan turut menikmati penghantaran percuma dan juga baucar bernilai RM50.

Muat turun aplikasi HappyFresh:

Baca juga:

HappyFresh Lancar ‘Ibu Charity Store’ Bagi Membolehkan Pelanggan Membeli Barangan Runcit Untuk Didermakan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend