Hanya 29,000 Unit Telefon Pintar 5G Telah Berjaya Dijual Untuk Pasaran AS Setakat Suku Ketiga Tahun 2019 Comments Off on Hanya 29,000 Unit Telefon Pintar 5G Telah Berjaya Dijual Untuk Pasaran AS Setakat Suku Ketiga Tahun 2019

Tahun 2019 telah menyaksikan peralihan rangkaian Internet berkelajuan tinggi generasi kelima atau lebih dikenali sebagai 5G. Malah Korea Selatan yang merupakan negara terawal menawarkan rangkaian tersebut telah dilaporkan sudahpun memiliki lebih daripada 2 juta pelanggan 5G setakat Ogos 2019.

Namun begitu penerimaan rangkaian 5G dilihat agak perlahan untuk pasaran AS, apabila hanya 29,000 unit telefon pintar 5G telah berjaya dijual di negara itu. Statistik yang dikongsikan oleh BayStreet Research ini diperolehi melalui rekod jualan telefon pintar 5G setakat suku ketiga tahun 2019 oleh telco utama di negara itu, termasuklah AT&T, Sprint, T-Mobile, dan juga Verizon.

Memandangkan telefon pintar keluaran HUAWEI telah disekat jualannya di AS, hanya tiga model telefon pintar 5G sahaja ditawarkan untuk pengguna di negara itu iaitu Samsung Galaxy Note10 5G, Samsung Galaxy S10 5G, dan juga LG V50 ThinQ 5G.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend