Hadiah 5 Juta USD Untuk Kejuaraan PMCO 2020 Bagi Kategori Amatur, Semi-Pro, Dan Pro Comments Off on Hadiah 5 Juta USD Untuk Kejuaraan PMCO 2020 Bagi Kategori Amatur, Semi-Pro, Dan Pro

Pada awal bulan ini telah berlangsungnya kejuaraan PUBG Mobile Club Open 2019 (PMCO 2019) Fall Split Global Finals di PWTC, Kuala Lumpur. Pasukan dari Indonesia iaitu Bigetron RA telah merangkul gelaran juara dengan membawa pulang hadiah utama USD180,000.

Kejuaraan PUBG Mobile pada hari itu juga telah mendapat 530 juta tontonan dengan 57 juta jam masa tontonan (tidak termasuk platfom China) yang mana dilihat telah meningkat hampir 15-kali lebih banyak berbanding kejuaraan yang sama pada tahun lepas.

Pada tahun 2020, PUBG Mobile bakal mewujudkan beberapa kategori untuk semua peminat permainan paling popular di dunia ini. Terdapat tiga tahap iaitu Amatur, Semi-Pro, dan Pro bakal diadakan dalam kejuaraan PMCO tahun hadapan.

PUBG Mobile juga akan menyediakan hadiah keseluruhan bernilai USD5,000,000 iaitu sekali ganda daripada hadiah yang dipertaruhkan pada PMCO 2019. Untuk pengetahuan anda, pendaftaran untuk kejuaraaan PMCO 2020 Spring Split akan bermula pada Januari 2020.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend