Gunakan Kod Baucar Ini Untuk Pembelian Samsung Galaxy M20 Di Shopee – 22 Mac & 27 Mac 2019 Comments Off on Gunakan Kod Baucar Ini Untuk Pembelian Samsung Galaxy M20 Di Shopee – 22 Mac & 27 Mac 2019

Samsung Malaysia sebelum ini telah melancarkan model terbaharunya iaitu Galaxy M20 untuk pasaran tempatan pada 18 Mac 2019 yang lalu, dan ia telah dijual secara eksklusif di Shopee dan juga Samsung Online Store. Dijual pada harga RM799, ia menjanjikan sokongan spesifikasi antara yang berbaloi untuk dimiliki.

Menariknya hari ini Shopee telah mengumumkan bahawa sebanyak 60 unit Samsung Galaxy M20 berjaya dijual di platform e-dagang popular itu dalam tempoh hanya 1 saat sahaja. Kejayaan jualan ini dibantu oleh penawaran Galaxy M20 yang hanya boleh dimiliki secara dalam talian dan tidak dijual di kedai fizikal buat masa ini.

Samsung Galaxy M20 hadir dengan sokongan takuk jenis Infinity-V berukuran 6.3 inci, dwi kamera utama beresolusi 13MP (f/1.9) + 5MP (Ultra Wide-angle), bateri berkapasiti 5000 mAh (15W), dikuasakan oleh Exynos 7904, dan dioperasikan dengan antaramuka Samsung Experience 9.5 berasaskan Android 8.1 Oreo.

Jadi bagi yang bercadang untuk memiliki Samsung Galaxy M20 yang dijual secara eksklusif di Shopee, anda boleh memilikinya pada 22 Mac dan 27 Mac 2019 ini bermula jam 9 pagi. Setiap pembelian pada hari tersebut akan turut menerima Surprise Free Gift Bundle daripada Shopee.

Promo Eksklusif untuk pembaca TeknoRatz!

  • Gunakan kod ’25TEKNORATZ’ untuk menikmati baucar RM25 untuk setiap pembelian Samsung Galaxy M20.

  • Sah pada 22 Mac atau 27 Mac 2019, dan kod baucar hanya sah untuk digunakan dalam aplikasi Shopee sahaja.

  • Kod baucar ini hanya terhad untuk 100 pembelian terawal sahaja.

→ Beli Samsung Galaxy M20 eksklusif di Shopee

Baca juga:

Samsung Galaxy M20 Kini Rasmi Dengan Harga RM799, Eksklusif Di Shopee Mulai 20 Mac 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend