GSMA Rugi Besar Dengan Pembatalan MWC 2020 Comments Off on GSMA Rugi Besar Dengan Pembatalan MWC 2020

MWC 2020 sepatutnya berlangsung pada minggu hadapan di Barcelona, bagaimanapun acara ini telah dibatalkan gara-gara ancaman wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Keputusan pembatalan acara pameran mudah alih terbesar dunia ini diambil berikutan banyak pemain telah menarik diri pada saat-saat akhir atas sebab-sebab keselamatan.

Baca: Pameran Telefon Pintar Terbesar MWC 2020 Dibatalkan

Jadi, bagaimana pula dengan yuran penyertaan? Laporan mengatakan GSMA akan menghantar notis pemberitahuan mengenai yuran kepada para peserta melalui emel selewat-lewatnya pada 31 Mac 2020. Tambah GSMA, keadaan sebegini tidak pernah berlaku dan mereka memerlukan sedikit masa untuk menilai impak penuh serta penyelesaian yang perlu diambil.

Pada tahun lalu, GSMA selaku penganjur MWC 2019 telah mengutip yuran penyertaan berjumlah USD500 juta (~RM2.07 bilion) daripada semua peserta. Setiap yuran yang dikenakan bergantung kepada keluasan tapak reruai iaitu bermula dari USD14,000 hingga USD14,000,000.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend