GPU Turbo Untuk Pengguna Honor 10 Dan Honor View 10 Ogos Ini Comments Off on GPU Turbo Untuk Pengguna Honor 10 Dan Honor View 10 Ogos Ini

Dalam acara Honor Play Fair yang berlangsung semalam di Sunway Pyramid, kita telah melihat pelancaran rasmi peranti gaming pertama Honor yang menggunakan sistem GPU Turbo. Peranti yang menfokuskan permainan mudah alih ini juga diumumkan pada harga murah iaitu RM1,249.

Seperti biasa, Honor yang selalu memberikan kejutan di majlis pelancaran turut mengumumkan dimana integrasi GPU Turbo akan diperluaskan ke peranti lain bermula bulan ini. Antara peranti yang akan menerima kemas kini GPU Turbo ialah Honor 10 dan Honor View 10, memandangkan dua peranti ini menggunakan cipset kelas atasan yang sama iaitu Kirin 970.

Kemas kini turut membawakan penambah baikan dalam sistem operasi sekaligus menawarkan prestasi yang lebih optimum khasnya dalam permainan mudah alih. Selain itu, kuasa yang disalurkan juga lebih efisyen dan jimat tenaga.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend