GPU Turbo 3.0 Pada EMUI 9.1 Akan Menambah 19 Lagi Judul Permainan Termasuk Fortnite dan Minecraft Comments Off on GPU Turbo 3.0 Pada EMUI 9.1 Akan Menambah 19 Lagi Judul Permainan Termasuk Fortnite dan Minecraft

Diperkenalkan pertama kali pada telefon pintar Honor Play, teknologi GPU Turbo telah menjanjikan pengalaman permainan yang lebih lancar dan dalam masa yang sama menjanjikan penggunaan bateri yang lebih efisien ketika bermain. Menariknya dalam majlis pelancaran siri Huawei P30 yang lalu, Huawei telah mengumumkan sokongan EMUI 9.1 dengan menawarkan GPU Turbo 3.0.

Selain memastikan pengurangan penggunaan bateri sehingga 10% lebih baik berbanding versi sebelum ini, GPU Turbo juga akan menjanjikan kelancaran permainan yang lebih lancar. Menurut Huawei, teknologi GPU Turbo ini akan lebih optimum apabila digunakan pada peranti yang menyokong cip Neural Processing Unit (NPU).

Senarai tambahan permainan yang disokong oleh GPU Turbo 3.0:

  • Fortnite
  • Knives Out
  • Battle Bay
  • Crazy Taxi
  • Real Racing 3
  • Into the Dead 2
  • NBA 2K19
  • Dragon Nest M
  • Duel Links
  • PES2019
  • DRAGON BALL LEGENDS
  • FIFA Mobile
  • Free Fire
  • Minecraft
  • Helix
  • Plants vs. Zombie Heroes
  • Subway Surfers
  • Brawl Stars
  • Speed ​​Drifters

Senarai permainan yang disokong oleh GPU Turbo 2.0*:

  • PUBG Mobile
  • Mobile Legends: Bang Bang
  • Vainglory
  • Arena of Valor
  • Rules of Survivor
  • NBA 2K18

*senarai ini turut disokong pada GPU Turbo 3.0.

Huawei P30 dan P30 Pro merupakan peranti terawal yang akan menerima GPU Turbo 3.0.

Walau bagaimana buat masa ini GPU Turbo 3.0 akan hanya ditawarkan secara eksklusif untuk siri Huawei P30 sahaja, tetapi kami yakin Huawei sudah tentunya akan turut memperkenalkan kemas kini khusus untuk perantinya yang lain pada masa akan datang.

Baca juga:

Apa Itu GPU Turbo Yang Diperkenalkan Oleh Honor Dan Peranti Mana Yang Akan Menyokongnya?!

Huawei P30 dan P30 Pro Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 2 April 2019

Huawei P30 Pro Mungkin Berharga Kurang Daripada RM3400, Sementara P30 Kurang Daripada RM2500

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend