Gorilla Glass 6 Dilancarkan Dengan Ketahanan 2x Ganda Lebih Baik Berbanding Gorilla Glass 5 Comments Off on Gorilla Glass 6 Dilancarkan Dengan Ketahanan 2x Ganda Lebih Baik Berbanding Gorilla Glass 5

Corning Gorilla Glass sememangnya terkenal dengan panel kaca yang lebih tahan lasak berbanding panel kaca biasa, dan baru-baru ini pengeluar panel kaca terkenal itu telah melancarkan kemunculan Gorilla Glass 6 bagi menggantikan Gorilla Glass 5 yang diperkenalkan pada Julai 2016 yang lalu.

Berbeza dengan generasi sebelum ini, Gorilla Glass 6 menjanjikan ketahana 2x ganda lebih baik kerana ia telah diperkuatkan menggunakan kaedah kimia yang menjanjikan mampatan lebih tinggi. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, secara puratanya setiap individu telah menjatuhkan peranti mereka sebanyak tujuh kali setahun, dengan 50% daripadanya terjadi pada ketinggian 1 meter dan ke bawah.

Jadi dengan prestasi kejuruteraan yang telah dipertingkatkan, ujian makmal telah menyaksikan Gorilla Glass 6 mampu bertahan sehingga 15 kali jatuhan daripada ketinggian 1 meter di atas permukaan yang tidak rata. Corning Gorilla Glass 6 kini sedang dinilai oleh beberapa pelanggan berbeza, dan ia dijangka akan berada di pasaran beberapa bulan lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend