Google Tez Di India Kini Dikenali Sebagai Google Play, Hadir Dengan Perkhidmatan Pinjaman Bank Segera Comments Off on Google Tez Di India Kini Dikenali Sebagai Google Play, Hadir Dengan Perkhidmatan Pinjaman Bank Segera

Di dalam acara tahunan Google di India yang berlangsung semalam, aplikasi pembayaran Google Tez kini secara rasminya telah dikenali sebagai Google Play di negara itu. Selain penjenamaan semula, Google India turut mengumumkan perjanjian kerjasama dengan beberapa bank swasta di negara tersebut untuk menawarkan perkhidmatan pinjaman dengan kelulusan segera untuk pengguna Google Pay.

Melalui aplikasi Google Pay, pengguna berupaya mendapatkan pinjaman bank daripada empat bank tempatan iaitu HDFC Bank, ICICI Bank, Federal Bank dan juga Kotak Mahindra Bank. Menurut perkongsian Google, pengguna Google Pay di India boleh membuat permohonan pinjaman bank dengan kertas kerja yang sangat minima. Apabila pihak bank meluluskan permohonan itu, wang akan terus didepositkan ke dalam akaun pengguna.

Sehingga kini Google Pay di India telah memiliki lebih daripada 22 juta pengguna aktif sebulan dan telah mencatatkan transaksi lebih 750 juta kali.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend