Google Telah Memperkenalkan 65 Emoji Baharu Pada Android Q, Sempena ‘Hari Emoji Sedunia’ Comments Off on Google Telah Memperkenalkan 65 Emoji Baharu Pada Android Q, Sempena ‘Hari Emoji Sedunia’ 291

Jika sebelum ini kami telah mendedahkan bahawa Apple akan hadir dengan penawaran pelbagai emoji baharu untuk peranti yang dioperasikan dengan iOS 13. Google juga sebenarnya tidak terkecuali untuk tampil dengan 65 emoji baharu untuk Android Q tidak lama lagi.

Bersempena dengan sambutan ‘Hari Emoji Sedunia’ yang berlangsung pada 17 Julai 2019, Google telah menampilkan pelbagai sokongan emoji menarik dan antaranya termasuklah lampu pelita diwali, sloth, orang utan, waffle, flamingo, alat bantuan pendengaran, bawang besar, bawang putih, dan banyak lagi.

Memandangkan Unicode telah memperkenalkan sokongan emoji tanpa jantina, Google dilaporkan telah memperkenalkan 53 emoji yang berasaskan jantina. Tidak cukup dengan itu, Google juga turut dilihat menawarkan emoji pasangan dengan 71 tona warna kulit berbeza di dalam set emoji baharunya itu.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend