Google Telah Memohon Lesen Khas Untuk Kembali Bekerjasama Dengan HUAWEI Comments Off on Google Telah Memohon Lesen Khas Untuk Kembali Bekerjasama Dengan HUAWEI

Kerajaan AS sebelum ini telahpun memasukkan HUAWEI di dalam Senarai Entiti berkuat kuasa pada 16 Mei 2019 yang lalu. Perkara ini secara tidak langsung telah menyebabkan HUAWEI tidak lagi boleh menggunakan Google Mobile Services (GMS) pada peranti terbaharu keluarannya.

Sebaliknya HUAWEI kini dilihat telah mengambil pendekatan alternatif untuk menawarkan HUAWEI Mobile Services (HMS). Bahkan di Malaysia sendiri, siri Mate 30 dan yang terbaru model HUAWEI Nova 7i telahpun didatangkan dengan sokongan HMS.

Terbaharu, Sameer Samat selaku Naib Presiden Android dan Google Play telah mendedahkan bahawa Google telahpun memohon lesen khas daripada kerajaan AS untuk meneruskan perniagaannya dengan HUAWEI. Namun buat masa ini tiada sebarang maklumat lanjut dikongsikan kepada umum.

HUAWEI nova 7i merupakan telefon pintar terbaharu daripada HUAWEI dengan sokongan HMS.

Sebelum ini kerajaan AS telahpun mengeluarkan syarat baharu yang mengkehendaki syarikat di negara itu untuk memohon lesen khas bagi mendapatkan kebenaran untuk meneruskan urus niaga dengan HUAWEI.

Microsoft merupakan antara syarikat dari AS yang berjaya kembali meneruskan perniagaannya dengan HUAWEI, selepas permohonannya telah diluluskan oleh Jabatan Perdagangan AS pada November tahun lepas.

sumber, melalui

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend