Google ‘Smart TV Kit’ Mendedahkan Rekaan Baharu Pada Chromecast Generasi Ke-3 Comments Off on Google ‘Smart TV Kit’ Mendedahkan Rekaan Baharu Pada Chromecast Generasi Ke-3

Google telah memperkenalkan pemain media digital kompaknya yang pertama iaitu Chromecast pada Julai 2013 yang lalu, dan peranti ini hanya menerima pembaharuan rekaan selepas dua tahun.

Kini selepas hampir tiga tahun generasi keduanya berada di pasaran, Google dalam diam-diam bakal membawakan rekaan baharu untuk peranti tersebut. Perkara ini telah berjaya disahkan selepas imej Chromecast generasi ketiga telah berjaya didedahkan tanpa disengajakan oleh platform e-dagang Best Buy.

Nampaknya hari ini imej Chromecast generasi ketiga itu sekali lagi telah tertiris, sekaligus mengesahkan kesahihan rekaannya berdasarkan pakej pembelian ‘Smart TV Kit’ yang original daripada Google sendiri. Di dalam pakej tersebut, Chromecast generasi ketiga ini akan dijual sekali dengan Google Home Mini.

Kredit gambar: 9to5Google

Buat masa ini ada sumber yang melaporkan bahawa Chromecast baharu ini akan dilancarkan secara rasmi di dalam acara khas yang akan berlangsung pada 9 Oktober nanti. Benar atau tidak dakwaan tersebut, sama-sama kita nantikan pengumumannya nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend