Google Play Store Secara Automatik Akan Mencadangkan Aplikasi Versi ‘Lite’ Untuk Sesetengah Peranti Comments Off on Google Play Store Secara Automatik Akan Mencadangkan Aplikasi Versi ‘Lite’ Untuk Sesetengah Peranti

Kewujudan aplikasi dalam versi ‘lite’ bukanlah sesuatu yang baru kerana kebanyakan pembangun telah mengambil pendekatan alternatif untuk memastikan pengoperasian aplikasi yang lebih lancar pada peranti yang menyokong spesifikasi rendah. Namun begitu, kesedaran pengguna terhadap kehadiran versi ‘lite’ ini agak rendah.

Berdasarkan kepada laporan yang telah dikongsikan, Google dikatakan akan mula mempraktikkan cadangan untuk memuat turun aplikasi versi ‘lite’ ini secara automatik kepada sesetengah peranti Android. Sebagai contoh, pencarian aplikasi tertentu seperti Facebook, Twitter, Skype, dan beberapa aplikasi lain akan turut memaparkan versi ‘lite’. Jadi ia terpulang kepada pengguna untuk memuat turun versi penuh ataupun versi ‘lite’ pada peranti mereka.

Cadangan untuk pengguna memuat turun versi ‘lite’ ini mungkin sangat praktikal untuk peranti yang dioperasikan platform Android Go, ataupun peranti Android yang hadir dengan sokongan spesifikasi rendah bagi mengoptimumkan prestasi peranti mereka.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend