Google Play Store Mungkin Akan Mengembalikan Semula Fungsi Notifikasi Kemas Kini Aplikasi Comments Off on Google Play Store Mungkin Akan Mengembalikan Semula Fungsi Notifikasi Kemas Kini Aplikasi

Apabila aplikasi Play Store versi 17.4 diperkenalkan, Google dilihat tidak lagi didatangkan dengan fungsi notifikasi kemas kini untuk aplikasi. Pada awalnya, rata-rata daripada pemilik peranti Android menyangkakan ia disebabkan oleh isu (bug).

Namun begitu Google telah tampil dan memaklumkan bahawa ia adalah tindakan yang sengaja dilakukan sebagai salah satu fungsi baharu untuk Play Store.

<string name="updates_completed_notification_channel">Updates completed</string>
<string name="updates_completed_notification_channel_description">Notify when an app is finished updating</string>

Melalui penemuan portal XDAdevelopers, Google dikatakan berkemungkinan besar akan mengembalikan semula fungsi notifikasi kemas kini aplikasi dalam Play Store. Perkara ini berjaya didedahkan melalui kod program pada Google Play Store v19.012.

Walau bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan sama ada fungsi ini akan ditawarkan semula pada Google Play Store ataupun tidak.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend