
Proses carian aplikasi atau permainan di Play Store kini terasa lebih mudah dan lebih praktikal kerana Google telah memperkenalkan fungsi baharu yang membolehkan pengguna mendapatkan maklumat berkaitan.
Apabila membuat carian sesebuah aplikasi atau permainan di Play Store, kini anda boleh melihat saiz fail dan juga jumlah muat turun keseluruhan aplikasi atau permainan yang tersenarai tanpa perlu mengaksesnya.
Sebagai rujukan, sebelum ini hasil carian di Play Store akan hanya memaparkan nama pembangun, rating dan juga harga sahaja. Namun begitu, ada di antaranya yang sekadar memaparkan ‘Editor’s Choice’ bagi menggantikan jumlah muat turun.
Fungsi baharu ini tidak dinafikan bukanlah sesuatu yang besar, tetapi kehadirannya sedikit sebanyak mampu memastikan penambahbaikan pada pengalaman keseluruhan pengguna.