Google Pixel 4a Dipercayai Sokong Rekaan Lubang Kamera Pada Skrin Dengan Hanya Satu Kamera Utama Comments Off on Google Pixel 4a Dipercayai Sokong Rekaan Lubang Kamera Pada Skrin Dengan Hanya Satu Kamera Utama

Baru-baru ini portal 91mobiles yang terkenal dengan ketirisan rekaan telefon pintar sebelum ia didedahkan secara rasmi telah berkongsi imej pengolokan untuk model Google Pixel 4a. Berdasarkan perkongsian itu, model kelas pertengahan daripada Google itu nanti akan menampilkan kelainan berbanding generasi Pixel sebelum ini.

This slideshow requires JavaScript.

Tampil dengan paparan skrin berukuran 5.7 inci atau 5.8 inci, Google Pixel 4a hadir dengan rekaan lubang kamera depan pada skrin. Malah saiz bezel pada bahagian atas dan bawah skrinnya juga kelihatan jauh lebih kecil berbanding Pixel 3a. Dijangkakan Pixel 4a ini juga tidak akan dilengkapi dengan teknologi Motion Sense memandangkan tiada ruang untuk menempatkan sensor.

This slideshow requires JavaScript.

Bahagian panel belakang Pixel 4a berkemungkinan besar diperbuat daripada kerangka unibodi polikarbonat dengan kemasan kusam (matte). Rekaan kamera masih dikekalkan seperti model Pixel 4 dan Pixel 4 XL, tetapi ia hanya didatangkan dengan sokongan satu kamera utama sahaja.

This slideshow requires JavaScript.

Pixel 4a juga hadir dengan sensor pengimbas cap jari pada panel belakangnya, port USB Type-C, bicu audio 3.5mm, dan juga kemasan butang kuasa berwarna jingga. Peranti terbaharu daripada Google ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi sekitar pertengahan tahun 2020 nanti.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend