Google Pixel 4, Pixel 4 XL Muncul Dalam Imej Pengolokan Terbaru Comments Off on Google Pixel 4, Pixel 4 XL Muncul Dalam Imej Pengolokan Terbaru 496

Mungkin ramai yang menantikan perkembangan siri Google Pixel tahun ini – Google Pixel 4 dan Google Pixel 4 XL. Hari ini imej pengolokan dua peranti tersebut mula tersebar di arena web.

Daripada apa yang dikongsikan Phone Designer, Pixel 4 dan Pixel 4 XL hadir dengan reka bentuk yang menjadi sohor kini iaitu penggunaan kamera depan pada lubang paparan skrin. Ini sekaligus menyingkirkan rekaan takuk pada generasi terdahulu.

Selain daripada itu, imej ini turut menunjukkan peranti tidak lagi menyertakan pengimbas cap jari di panel belakang sebaliknya berkemungkinan menggunakan sistem imbasan jari dalam paparan.

Perubahan ketara adalah pada model XL yang mana kini dilengkapi dwi kamera belakang berbanding satu kamera pada model sebelum ini.

Menurut sumber, imej pengolokan ini dikeluarkan berdasarkan khabar angin semasa. Jadi, ia bukanlah reka bentuk terakhir yang akan dikeluarkan oleh Google nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend