Google Pixel 4 Menduduki Tangga Ke-5 Dalam Ujian Penanda Aras DxOMark Audio Comments Off on Google Pixel 4 Menduduki Tangga Ke-5 Dalam Ujian Penanda Aras DxOMark Audio

Pada penghujung Oktober yang lepas, DxOMark telahpun mendedahkan skor yang berjaya diperolehi oleh Google Pixel 4 untuk keupayaan penggambarannya dengan memperolehi sebanyak 112 mata, setanding skor HUAWEI Mate 20 Pro.

Baru-baru ini DxOMark sekali lagi telah menyenaraikan Google Pixel 4 di kedudukan ke-5 sebagai telefon pintar dengan sokongan audio terbaik, dengan mencatatkan skor sebanyak 68 mata. Hadir dengan sokongan speaker stereo, Pixel 4 berada di bawah model ASUS ROG Phone II (69 mata) dan di atas model Samsung Galaxy Note10+/Note 10+ 5G (66 mata).

Berdasarkan kesimpulan ujian yang dijalankan, Pixel 4 telah menerima 70 mata untuk keupayaan memainkan semula audio dan juga 63 mata untuk rakaman audio. Sebagai rujukan, peranti ini menampilkan sokongan speaker stereo dengan teknologi audio DTS:X dan kedua-dua speakernya menyokong amplifier berasingan.

Baca juga:

Google Pixel 4 Terima Skor DxOMark Sebanyak 112 Sekaligus Berada Di Kedudukan Ke-8

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend