Google Pixel 4 Dijumpai Digunakan Oleh Seorang Individu Di London Comments Off on Google Pixel 4 Dijumpai Digunakan Oleh Seorang Individu Di London 442

Rekaan telefon pintar siri Google Pixel 4 telah mula didedahkan oleh ramai peniris termasuklah di dalam saluran Unbox Therapy di YouTube. Bagaimanapun rekaan tersebut hanyalah berdasarkan pada acuan yang diambil daripada pengeluar pihak ketiga. Tidak lama selepas itu, pihak Google sendiri telah mengeluarkan imej pengolokan peranti.

Terkini, telefon pintar tersebut dipercayai dijumpai digunakan di sekitar London oleh seorang individu yang tidak mahu dikenali. Dua kepingan gambar itu nampaknya telah dikongsikan menerusi portal teknologi terkenal, 9to5Google.

Berdasarkan pada gambar, rekaan telefon pintar itu nampaknya hampir menyerupai rekaan pengolokan yang didedahkan oleh pihak Google. Rekaan panel belakang menunjukkan modul kamera bersegi empat yang mengandungi beberap sensor kamera.

Menurut 9to5Google, kaki tiris tersebut turut mengesahkan panel depan peranti yang dipercayai Google Pixel 4 XL juga dilengkapi dua kamera swafoto seperti Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend