Google Pixel 4 Dan Pixel 4 XL Disahkan Sokong Panel OLED Dengan Teknologi Paparan 90Hz Comments Off on Google Pixel 4 Dan Pixel 4 XL Disahkan Sokong Panel OLED Dengan Teknologi Paparan 90Hz 296

Awal bulan lepas, 9to5Google telahpun mendedahkan bahawa Google Pixel 4 dan juga Pixel 4 XL akan dilengkapi dengan panel skrin OLED dengan teknologi paparan 90Hz yang akan dikenali sebagai ‘Smooth Display’.

Baru-baru itu ketirisan berita tentang peranti terbaharu keluaran Google itu telah disahkan sebagai benar apabila portal XDADevelopers telah mengesahkan bahawa kedua-dua model itu akan menyokong paparan skrin dengan teknologi kadar segar semula 90Hz. Perkara ini berjaya didedahkan melalui kod sumber Android 10, selepas kemas kini rasmi versi Android itu mula diterima oleh peranti terpilih.

Melalui kod sumber tersebut, pembangun telah diberikan pilihan untuk memilih sama ada aplikasi yang dibangunkan itu boleh dioperasikan pada 90Hz ataupun tidak. Malah kod sumber pada Android 10 itu juga turut mengesahkan bahawa teknologi 90Hz itu hanya tersedia untuk peranti ‘P19’ yang merujuk kepada model Google Pixel 2019.

melalui, sumber

Baca juga:

Spesifikasi Google Pixel 4 Dan Pixel 4 XL Tertiris – Snapdragon 855, 6GB RAM Dan Skrin OLED 90Hz

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend