Google Pixel 4 Dan Pixel 4 XL Dipercayai Sokong Bezel Tebal Bagi Menempatkan Lima Sensor Untuk ‘Project Soli’ Comments Off on Google Pixel 4 Dan Pixel 4 XL Dipercayai Sokong Bezel Tebal Bagi Menempatkan Lima Sensor Untuk ‘Project Soli’ 382

Anda mungkin telah sedia maklum bahawa Google telah mengambil pendekatan untuk menampilkan rekaan kamera utama yang kelihatan mirip seperti rekaan yang digunakan oleh Apple pada generasi iPhone tahun 2019 nanti. Ketirisan rekaan Pixel 4 ini telah didedahkan oleh @OnLeaks melalui akaun Twitter miliknya baru-baru ini.

Hari ini sekali lagi imej pengolokan yang didakwa akan digunakan pada Pixel 4 dan Pixel 4 XL telah dikongsikan pula oleh seorang lagi individu yang terkenal dengan ketepatan berita ketirisannya iaitu @BenGeskin. Apa yang lebih menariknya, perkongsian imej pengolokan yang dikongsikan pada kali ini jelas memperlihatkan rekaan panel belakang dan juga panel depannya.

Berdasarkan imej yang dikongsikan, Pixel 4 dan Pixel 4 XL dipercayai akan tampil dengan rekaan fizikal yang sama, kecuali pada saiz skrinnya sahaja. Kedua-dua peranti ini juga tidak lagi didatangkan dengan rekaan takuk pada skrin, sebaliknya ia akan mengembalikan semula rekaan bezel pada bahagian atas skrin.

Unbox Therapy turut mendedahkan ‘mockup’ logam untuk Pixel 4 dan Pixel 4 XL yang akan digunakan oleh pengeluar aksesori dalam menghasilkan sarung pelindung untuk peranti tersebut.

Menurut Unbox Therapy, bezel pada bahagian atas skrin itu akan turut menempatkan lima sensor yang diperlukan untuk Project Soli – iaitu sistem yang akan digunakan mengenal pasti gerakan tangan untuk mengawal telefon pintar. Bahkan rekaan imej pengolokan itu juga tidak memperlihatkan kehadiran speaker kedua pada bahagian bawah bezel Pixel 4 atau Pixel 4 XL, sekaligus mengesahkan peralihan kedudukan speaker kedua pada bahagian bawah kerangka.

Baca juga:

Ketirisan Imej Pengolokan Google Pixel 4 Memperlihatkan Rekaan Mirip Seperti iPhone XI

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend