Google Pixel 3a Dengan Sokongan Satu Lensa Memperolehi 100 Poin Untuk Prestasi Kamera Di DxOMark Comments Off on Google Pixel 3a Dengan Sokongan Satu Lensa Memperolehi 100 Poin Untuk Prestasi Kamera Di DxOMark

Selain daripada penerimaan kemas kini Android yang cepat, salah satu keistimewaan Google Pixel adalah keupayaan penggambarannya yang sangat baik walaupun dengan hanya satu lensa sahaja. Bahkan Google juga dilihat tidak mendiskriminasikan telefon pintar keluarannya apabila setiap varian tinggi atau varian rendah yang diperkenalkan masih menjanjikan prestasi kamera yang setanding.

Menariknya Google Pixel 3a yang disasarkan untuk segmen pasaran telefon pintar lebih mampu milik ini juga tidak mengecewakan apabila telah menerima skor sebanyak 100 poin untuk prestasi kameranya oleh DxOMark. Sememangnya skor itu bukanlah yang terbaik, tetapi ia lebih baik berbanding skor kebanyakan peranti dengan dwi kamera, termasuklah Galaxy S9+, Xiaomi Mi 8, OnePlus 6T dan juga iPhone X.

Dari segi skor untuk keupayaan kamera statik, Pixel 3a mencatatkan sebanyak 103 poin, manakala sebanyak 95 poin telah berjaya diperolehi untuk prestasi rakaman video. Sebagai rujukan, peranti ini hanya tersedia dengan satu lensa beresolusi 12MP (f/1.8) dengan sokongan OIS, dan rakaman video 4K pada 30fps.

Baca juga:

Google Pixel 3a dan Pixel 3a XL Kini Rasmi Dengan Kamera Setanding Pixel 3 Pada Harga Lebih Mampu Milik

Lenovo Z6 Pro Dengan Sokongan Empat Kamera Catat Skor DxOMark Sebanyak 95 Poin

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend