Google Pixel 3a dan Pixel 3a XL Varian 64GB Dipercayai Akan Dijual Pada Harga RM1,652 dan RM1,984 Comments Off on Google Pixel 3a dan Pixel 3a XL Varian 64GB Dipercayai Akan Dijual Pada Harga RM1,652 dan RM1,984

Google Pixel 3a dan Pixel 3a XL telah dilaporkan akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran global pada minggu depan iaitu 7 Mei 2019, manakala pelancaran di India pula akan berlangsung pada 8 Mei 2019. Tinggal kurang seminggu siri Pixel 3a dilancarkan, spesifikasi asas kedua-dua model terbaharu daripada Google itu telah berjaya didedahkan kepada umum.

Melalui pendedahan yang dibuat melalui video di YouTube, harga jualan untuk varian paling rendah Pixel 3a dan Pixel 3a XL pula berjaya dikongsikan kepada umum. Menurut sumber yang telah mendedahkan harga jualan kedua-dua peranti itu akan , Pixel 3a dan Pixel 3a XL dengan sokongan memori dalaman 64GB masing-masing akan dijual pada harga USD399 (kira-kira RM1,652) dan USD479 (kira-kira RM1,984).

Selain itu, video YouTube itu turut mendedahkan beberapa ciri-ciri asas berhubung Pixel 3a dan Pixel 3a XL iaitu diperbuat daripada plastik, menyokong satu speaker di bahagian bawah kerangka, hadir dengan skrin 1080p dan juga tersedia dengan bicu audio 3.5mm.

kredit gambar

Baca juga:

Spesifikasi Peranti Mampu Milik Daripada Google, Pixel 3a dan Pixel 3a XL Tertiris Di Internet

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend