Google Pixel 3 Lite Tertiris Dengan Rekaan Kerangka Plastik Yang Dijana Oleh Qualcomm Snapdragon 670 Comments Off on Google Pixel 3 Lite Tertiris Dengan Rekaan Kerangka Plastik Yang Dijana Oleh Qualcomm Snapdragon 670

Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL telahpun dilancarkan secara rasmi pada Oktober yang lalu dan ia hadir dengan rekaan panel belakang dengan kemasan kaca yang agak unik. Dalam diam rupanya Google dilaporkan bakal hadir dengan satu lagi varian untuk siri Pixel 3, dan perkara ini telah dikongsikan melalui ketirisan gambar yang dikongsikan oleh media di Rusia.

Berdasarkan perkongsian yang dibuat oleh sumber, Google Pixel 3 Lite yang menggunakan nama kod ‘Sargo’ ini menampilkan rekaan yang sama seperti Pixel 3. Sungguhpun begitu, perkara utama yang jelas dapat dilihat adalah penggantian panel belakang kaca dengan panel belakang yang diperbuat daripada plastik.



Google Pixel 3 Lite dilengkapi dengan skrin 5.56 inci IPS LCD FHD+ (2220 x 1080 piksel) tanpa takuk, dijana dengan Qualcomm Snapdragon 670 (10nm), konfigurasi memori 4GB + 32GB (UFS 2.1/eMMC 5.1), tiada slot kad memori, bateri berkapasiti 2915 mAh (Quick Charge 4+), bicu audio 3.5mm, kamera swafoto 8MP, dan juga kamera utama 12MP sama seperti siri Pixel 3 yang lain.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend