Google Pixel 3 Catat Skor DxOMark Setanding Apple iPhone XR Dengan Mencatatkan 101 Mata Comments Off on Google Pixel 3 Catat Skor DxOMark Setanding Apple iPhone XR Dengan Mencatatkan 101 Mata

Sejak kebelakangan ini sudah menjadi satu trend kepada pengeluar telefon pintar untuk memperkenalkan tiga atau empat lensa kamera bagi mendapatkan efek penggambaran yang berbeza. Tetapi ia sedikit pun tidak memberi tekanan kepada Google Pixel apabila ia masih lagi menawarkan sokongan satu lensa untuk setiap generasi yang diperkenalkan.

Walaupun hadir dengan hanya satu lensa, Google Pixel 3 boleh dianggap antara telefon pintar dengan kualiti gambar yang terbaik boleh anda perolehi di pasaran buat masa ini. Bahkan perkara ini turut diakui oleh DxOMark apabila memberikan skor sebanyak 101 mata untuk Google Pixel 3, iaitu setanding dengan skor yang diperolehi oleh Apple iPhone XR yang juga menyokong satu lensa.

Perolehan skor ini telah dipecahkan kepada 103 mata untuk kategori gambar statik, dan 98 mata untuk rakaman video. Jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya, Google Pixel 2 telah mencatatkan skor keseluruhan sebanyak 98 mata.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend