Google Menguji Pengesanan Kemalangan Kereta Automatik Untuk Android Q Pada Google Pixel Comments Off on Google Menguji Pengesanan Kemalangan Kereta Automatik Untuk Android Q Pada Google Pixel

Melalui penemuan yang dikongsikan oleh portal XDA Developers, Google dilaporkan sedang menguji satu lagi fungsi baharu iaitu pengesanan kemalangan kereta secara automatik, eksklusif untuk peranti Google Pixel. Fungsi yang ditemui dalam Android Q Beta 3 ini merupakan salah satu daripada aplikasi baharu Google di bawah pakej ‘Safety Hub’.

Sungguhpun begitu, bagaimana pengesanan kemalangan ini berfungsi masih lagi belum diketahui, tetapi Google berkemungkinan besar menggunakan data daripada pecutan dan juga mikrofon. Malah melalui pendedahan yang dibuat, apakah tindakan yang akan diambil sebaik sahaja pelanggaran dikesan juga tidak diketahui.

Dua ikon ini turut ditemui dalam aplikasi pengesanan pelanggaran automatik.

Tetapi mengikut tekaan XDA Developers, aplikasi pengesanan pelanggaran automatik ini mungkin akan memberi amaran responden pertama atau kenalan kecemasan yang telah ditetapkan pada peranti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend