Google Mengesahkan Sokongan Antaramuka Gelap Sepenuhnya Untuk Versi Android Q Comments Off on Google Mengesahkan Sokongan Antaramuka Gelap Sepenuhnya Untuk Versi Android Q 495

Memandangkan semakin banyak telefon pintar yang diperkenalkan di pasaran hadir dengan sokongan panel skrin berasaskan OLED, Google sebelum ini telah memperkenalkan fungsi mod gelap untuk beberapa aplikasinya termasuklah YouTube dan Chrome. Ini bertujuan untuk penjimatan bateri dan buat masa ini mod gelap untuk versi Android sedia ada masih tidak meluas penggunaannya.

Melalui pendedahan yang diperolehi daripada pengesahan kakitangan Google, mod gelap telah disahkan akan diperkenalkan dalam versi Android Q apabila diperkenalkan nanti. Sokongan mod gelap ini bukan sahaja akan diintegrasikan pada antaramuka, tetapi ia turut akan menyokong aplikasi pra-pasang Android.

Pengaktifan mod gelap pada Android Q ini juga dipercayai boleh diaktifkan secara manual melalui tetapan telefon pintar Android itu sendiri, iaitu Settings → Display → Dark Mode.

Baca juga:

Tips: Aktifkan Mod Gelap Pada Aplikasi Chrome Untuk Menjimatkan Bateri Pada Peranti OLED Atau AMOLED

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend