Google Mempatenkan Rekaan Skrin Penuh Tanpa Takuk Untuk Google Pixel 4 Comments Off on Google Mempatenkan Rekaan Skrin Penuh Tanpa Takuk Untuk Google Pixel 4 373

Berdasarkan perkongsian yang didedahkan oleh 91mobiles, Google dikatakan telah mula menghantar paten ke Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) untuk rekaan Google Pixel 4 yang akan diperkenalkan pada suku ke-4 tahun ini.

Berbeza dengan rekaan Google Pixel generasi sebelum ini, paten yang dikongsikan ini jelas memperlihatkan sokongan skrin penuh tanpa kehadiran takuk pada rekaan Google Pixel 4 nanti. Walaupun memiliki saiz bezel yang nipis, Google dilihat masih mengekalkan sokongan speaker stereo dengan kedudukan menghala ke depan sama seperti generasi sebelumnya.

Selain itu, Google Pixel 4 juga dikatakan akan menerima kemasan panel belakang dalam dua tona warna berbeza seperti Google Pixel 3. Malah ia juga dilihat masih menyokong satu lensa utama dengan sensor pengimbas cap jari pada panel belakangnya. Bahkan sebagaimana generasi sebelum ini, ia juga tidak tersedia dengan bicu audio 3.5mm.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend