Google Maps Menyokong Fungsi Kawalan Muzik Untuk Spotify, Apple Music Dan Google Play Music Comments Off on Google Maps Menyokong Fungsi Kawalan Muzik Untuk Spotify, Apple Music Dan Google Play Music 441

Pada awal bulan Oktober yang lalu, Google Maps telah mengumumkan satu fungsi baharu untuk aplikasi Google Maps pada peranti Android dan iOS. Kemas kini tersebut membolehkan pengguna untuk mengawal muzik ketika bernavigasi menggunakan aplikasi Google Maps.

Buat masa ini aplikasi Google Maps menyokong tiga perkhidmatan muzik popular iaitu Spotify, Apple Music dan juga Google Music dan ia perlu diaktifkan secara manual. Jadi dengan adanya fungsi terbina-dalam ini, anda tidak lagi perlu menggunakan kenderaan dengan sokongan Apple CarPlay mahupun Android Auto.

Kemas kini dengan fungsi kawalan muzik terbina-dalam ini telahpun mula diedarkan kepada pemilik peranti Android dan iOS, tetapi ia mungkin akan diterima oleh pengguna di negara ini tidak lama lagi.

Google Maps Kini Berfungsi Pada Apple CarPlay Menerusi iOS 12

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend