Google Maps Mengemas Kini Aplikasi – Menambah Peringatan Kemalangan Dan Perangkap Laju 1 430

Google dilaporkan telah menguji ciri seakan Waze yang memberi peringatan kemalangan dan perangkap laju sejak tahun lepas lagi. Nampaknya ciri yang diinginkan pengguna ini telahpun mula ditawarkan secara global bermula hari ini.

Segelintir pengguna Google Maps dilihat telah menerima kemas kini terbaru ini semasa menggunakan navigasi. Pengguna boleh melaporkan kemalangan atau perangkap laju ketika memandu menerusi satu butang baru di paparan skrin.

Setakat ini pihak Google masih belum membuat pengumuman mengenai ciri tersebut tetapi mereka mungkin akan mengumumkannya secara rasmi dalam masa terdekat ini.

Jadi, bagi pengguna yang masih belum menerima ciri ini, diharapkan bersabar memandangkan ia hanya diterima oleh segelintir pengguna Android sahaja.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend